Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kebobrokan pemimpin punca rakyat tak nikmati kek ekonomi yang baik

Isi kelompongan, ajak rakyat undi calon Pejuang bela nasib umat

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Malaysia mempunyai kekayaan yang banyak terutama bahan mentah yang boleh dimajukan, tetapi malangnya tidak digunakan sebaik mungkin.

Semua sumber jika diagihkan secara adil dan cermat, pasti mampu memberikan manfaat yang besar kepada rakyat.

“Namun, kerana kebobrokan yang berlaku menyebabkan rakyat masih tidak mampu menikmati kek ekonomi yang baik.

“Bahkan lebih dikesali, ia dirosakkan oleh segelintir pemimpin sehingga hancur dalam pelbagai aspek,” kata calon Pejuang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN), Slim, Ustaz Meor Azim Meor Aznam.

Beliau menegaskan, masalah terbesar di negara ini ialah sikap pemimpin yang tidak bertoleransi kepada rakyat.

“Sebenarnya negara kita mempunyai kekayaan yang banyak dan sangat besar terutamanya aspek bahan mentah.

“Kita kaya dengan sumber tetapi apa yang berlaku apabila ada pemimpin yang melakukan kerosakan sehingga hancurnya negara kita ini dari segi pelbagai aspek,” katanya menerusi rakaman yang disiarkan di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, sepatutnya pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat membangunkan negara melalui aspirasi dan impian yang dikemukakan – memandangkan Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa, agama dan kaum.

Bagaimanapun tegas Meor Azim, apa yang berlaku kebanyakan mereka tidak melaksanakan apa yang diinspirasi oleh rakyat tersebut.

Atas dasar itu, beliau mahu mengisi kelompongan berkenaan dengan mengajak rakyat memilih dirinya menjadi pemimpin demi membela nasib umat.

“Tiba masanya untuk saya dan rakan-rakan di dalam BERJASA menunaikan aspirasi tersebut demi negara, watan dan tanah air kita,” katanya.

Akui anak jati Slim ini, sekiranya diberikan mandat, beliau akan melakukan pelaksanaan secara mikro dan juga makro dengan menyelesaikan permasalahan secara mendasar dan mikro berlandaskan skala yang lebih berfokus.

“Itu perkara yang boleh saya lakukan satu masa nanti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button