Berita UtamaDunia

Kuwait hukum mati 7 individu disabit kesalahan membunuh

EU tentang keras pelaksanaan hukuman mati, panggil duta Kuwait

KUWAIT, 22 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Kuwait menjatuhkan hukuman mati terhadap tujuh individu atas kesalahan membunuh dan jenayah lain, semalam.

Ia dilaksanakan buat pertama kali sejak 2017 tetapi mendapat kritikan daripada Suruhanjaya Eropah (EC) yang mengatakan wakil Kuwait ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels telah dipanggil.

Pendakwaan Awam dalam satu kenyataan di Twitter berkata, seorang wanita Ethiopia dan seorang lagi wanita Kuwait antara yang digantung bersama tiga lelaki Kuwait, selain masing-masing seorang warga Syria dan rakyat Pakistan.

“Adalah dikesalkan walaupun perkara ini dibangkitkan semalam dan telah menerima jaminan, Kuwait sebaliknya meneruskan hukuman mati hari ini (Rabu),” kata Naib Presiden Suruhanjaya EU, Margaritis Schinas.

Katanya, EU menentang keras pelaksanaan hukuman itu dan perkhidmatan diplomatik EU telah memanggil duta Kuwait ke EU di Brussels.

“Hukuman mati itu akan dibangkitkan dalam perbincangan mengenai cadangan suruhanjaya untuk meletakkan Kuwait dalam senarai bebas visa,” katanya.

Hukuman mati itu adalah yang pertama sejak 25 Januari 2017 apabila negara Teluk yang kaya dengan sumber minyak itu menggantung tujuh individu, termasuk seorang kerabat diraja. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button