Berita Utama

Bak kut teh: ‘Benarlah dasar Malaysian Malaysia cuba dilaksana’

Annuar Musa mengucap panjang MP kerajaan cadang sup tulang rusuk babi jadi makanan kebangsaan

BANGI, 17 Zulkaedah 1444H, Selasa – ‘Astaghfirullahilazim…negaraku Malaysia’, demikian respon Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa yang mengucap panjang terhadap kenyataan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berhubung kewajaran mengangkat martabat hidangan bak kut teh sebagai makanan kebangsaan.

Terdahulu dalam soalannya, Jimmy meminta kerajaan menyatakan usaha untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bak kut teh dan laksa diangkat martabatnya sebagai makanan kebangsaan dan tidak dituntut sebagai makanan kebangsaan negara lain.

“Ahli Parlimen kerajaan Madani mencadangkan hidangan bak kut teh dijadikan makanan kebangsaan?

“Jika betul laporan ini, benarlah dasar Malaysian Malaysia cuba dilaksana beransur-ansur,” kata Annuar dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Sesi Dewan Rakyat hari ini turut bertukar riuh ekoran isu bak kut teh menjadi tumpuan, apabila Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi mempersoalkan kewajaran hidangan itu diangkat sebagai makanan kebangsaan.

Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) memaklumkan bahawa dalam 10 makanan tradisional paling popular di Malaysia tiada bak kut teh.

Malah katanya, 30 makanan tradisional pelbagai kaum di negara ini juga tidak mempunyai makanan jenis itu.

Bak kut teh adalah hidangan sup tradisi tulang rusuk babi yang dimasak dalam herba tradisi yang popular di kalangan masyarakat Cina.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button