Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

10 juta penduduk Ukraine bergelap selepas dihujani peluru berpandu

Loji gas dan kilang di Dnipro jadi sasaran Russia

KYIV, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Kira-kira 10 juta penduduk di Ukraine terpaksa menjalani kehidupan bergelap apabila bekalan elektrik terputus selepas dihujani serangan peluru berpandu Russia.

Kebanyakan bandar yang mengalami gangguan bekalan elektrik adalah penduduk di bandar Kyiv, Vinnytsia, barat negara itu, bandar Pelabuhan Odesa dan Sumy di timur laut Ukraine.

Presiden Volodymyr Zelensky berkata, tujuh terkorban dalam serangan Russia dan angka sebenar dijangka meningkat apabila peluru berpandu itu diletupkan berhampiran bangunan pangsapuri di Vilnynsk, bandar Zaporizhzhia, selatan Ukraine.

“Kami telah melakukan segala-galanya supaya keadaan kembali normal,” katanya dalam ucapan hariannya, semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, pasukan pertahanan udara Ukraine hanya berjaya menembak enam peluru berpandu dan lima buah drone yang dipercayai milik Russia.

Russia telah melepaskan peluru berpandu ke arah Ukraine – terkena bangunan dan sistem jana kuasa – dianggap serangan pengeboman paling dahsyat.

Sementara itu, sebuah loji gas dan kilang pembuatan peluru berpandu di Dnipro, timur negara itu juga menjadi sasaran terbaharu tentera Russia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button