Berita UtamaDunia

6 maut, 30 cedera letupan tong gas di Iraq

Masih ada mangsa terperangkap bawah runtuhan

SULAIMANIYA, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala 30 yang lain cedera selepas sebuah tong gas meletup di kawasan perumahan di bandar Sulaimaniya, utara Iraq.

Menurut polis, anggota bomba pertahanan awam berjaya mengawal kebakaran, yang merosakkan beberapa rumah dan memusnahkan sekurang-kurangnya lima kenderaan.

Katanya, sekurang-kurangnya tiga rumah musnah sepenuhnya akibat letupan tong gas yang dipasang di atas bumbung salah sebuah rumah.

Gabenor Sulaymaniyah, Haval Abu Bakr berkata, seorang kanak-kanak adalah antara mangsa.

Setakat ini, anggota bomba masih berusaha untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pegawai kesihatan berkata, angka kematian mungkin meningkat.

Sementara itu, Perdana menteri wilayah separa autonomi di utara Iraq, Masrour Barzani, mengarahkan siasatan dijalankan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button