Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Khutbah pesan utamakan calon berintegriti, bimbing kepada Allah

Teliti sedalamnya manifesto berdasarkan ilmu, kefahaman jelas

BANGI, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Khutbah Jumaat menyeru umat Islam supaya mengutamakan calon yang berintegriti, amanah dan melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu juga turut menekankan tanggungjawab pengundi untuk memilih calon yang mampu membimbing rakyat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini bagi memastikan, pengundi tidak termasuk dalam golongan yang menyesal atas kesesatan yang dibawa pemimpin di akhirat kelak, sebagaimana diceritakan dalam surah Al-Ahzab ayat 66 hingga 68.

“Setelah beberapa minggu khutbah menekankan tentang kriteria dan tanggungjawab pemimpin terhadap amanahnya, maka pada khutbah kali ini pula, khatib ingin menekankan tentang tanggungjawab pengundi sebagai warganegara.

“Hal ini penting bagi memastikan para pengundi memiliki rasa kebertanggungjawaban yang tinggi dalam menunaikan tanggungjawab mengundi serta memilih calon yang tepat,” katanya.

Khutbah berkata, menjelang hari pengundian esok, pengundi boleh meneliti sedalam-dalamnya setiap manifesto berdasarkan ilmu dan kefahaman yang jelas.

Katanya, penelitian juga perlu dlilihat berdasarkan relevannya serta keperluan semasa terhadap negara dan rakyat keseluruhannya.

“Manifesto-manifesto tersebut juga perlu ditimbang dengan dilihat juga kepada situasi ekonomi dunia umumnya dan ekonomi negara khususnya.

“Manifesto yang dikemukakan sebelum pilihan raya kebanyakannya sangat menarik hati namun perlu dipastikan adakah ia mampu dilaksanakan berdasarkan kepada situasi negara yang baru sahaja bangkit dari pandemik COVID-19 dan ketidaktentuan ekonomi semasa,” katanya.

Selain menyarankan pengundi beristikharah, khutbah turut menggesa rakyat keseluruhannya menunaikan tanggungjawab masing-masing esok, bagi menentukan kepimpinan negara.

“Kita mesti sedar bahawa ia merupakan hak dan kewajiban setiap rakyat yang akan menentukan masa depan negara.

“Kewajiban mengundi termasuk antara amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” kata khutbah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button