Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kor Ming jahil konsep Islam, tuduhan berniat jahat

Persenda agama Islam dengan gambaran hodoh

BANGI, 23 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – PAS Perak memandang serius tuduhan pemimpin DAP, Nga Kor Ming yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dan hasutan.

Kor Ming sebelum ini dalam siri kempen telah mengeluarkan kenyataan dengan menggelarkan PAS sebagai pencacai agama dan membawa agenda pentadbiran Taliban.

Malah, penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan itu didakwa memberi amaran bahawa jika PN, yang terdiri daripada Bersatu berasaskan Melayu dan PAS berkuasa, Malaysia akan menjadi ‘Afghanistan’.

Setiausaha PAS Perak, Fairuz Hafiizh Othman berkata, tuduhan berkenaan jelas bersifat hasutan dan mempersenda agama Islam dengan gambaran yang hodoh.

“Dakwaan mengatakan PAS akan mengancam nilai sekular dalam negara dilihat telah menafikan pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Tuduhan beliau berkaitan negara Taliban yang didakwa akan dilaksanakan parti ini juga adalah bercanggah dengan pemerintahan di beberapa negeri khususnya Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dipimpin PAS,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Justeru demi menjaga maruah parti berkenaan, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Kor Ming.

Laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, hari ini.

Kata Fairuz segala bentuk tuduhan tersebut membuktikan bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu adalah individu jahil tentang konsep Islam yang diperjuangkan PAS.

Apatah lagi katanya, kenyataan itu dibuat semasa tempoh kempen dan boleh disifatkan sebagai berniat jahat atas perjuangan Pas yang selama ini menjunjung Perlembagaan negara.

Dakwaan tersebut, jelas beliau adalah tanda prasangka buruk dan tidak patut ada dalam nilai adab yang dipupuk dalam masyarakat.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button