Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Orang kita takkan lagi ‘termakan’ strategi DAP letak calon Melayu

Lebih 4 parti bertanding, nampakkan perpecahan Melayu makin ketara

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 24 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Tindakan parti tamak haloba DAP meletakkan ramai calon Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sesuatu yang mengejutkan, namun dianggap langkah sia-sia.

Pakar Perundangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood percaya pengundi dapat ‘menghidu’ strategi parti cauvinis itu untuk meraih undi, terutama daripada masyarakat Melayu.

“Meletakkan orang Melayu sebagai calon ialah strategi untuk mendapat sokongan orang Melayu.

“Tetapi tindak-tanduk mereka memang difahami oleh para pengundi dan pengundi Melayu tentu tidak akan termakan dengan strategi tersebut,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Beliau juga percaya tindakan DAP itu sebagai cubaan memaparkan parti itu sebagai parti pelbagai kaum.

“Sama ada calon orang Melayu sebagai alat pecah belah orang Melayu tepuk dada tanya selera.

“Pada masa yang sama kita dihidangkan perpecahan orang Melayu secara nyata apabila terdapat lebih empat parti politik Melayu yang sememangnya menunjukkan bahawa orang Melayu tidak dapat bersama di bawah satu bumbung parti politik,” katanya.

Difahamkan, pada PRU15 ini, DAP menampilkan 13 calon Melayu bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Semenanjung.

Antara calon Melayu ditampilkan DAP ialah Syahredzan Johan di Bangi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Lipis), Sheikh Umar Bagharib Ali (Ayer Hitam), Zulhazmi Shariff sebagai calon di Jerai dan Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button