Berita Utama

Pengundi wajib pilih calon ada kelayakan iman, ilmu dan akhlak

Jangan pilih mereka yang miliki sifat lakukan maksiat terang-terangan

ESOK hari mengundi, hari di mana kita akan memilih pemimpin mewakili Parlimen Bangi.

Saya tertarik dengan isi khutbah Jumaat sebentar tadi. Saya solat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, khatib memberi 3 nasihat kepada rakyat bagi memilih pemimpin.

1. Setiap rakyat Malaysia yang telah cukup umur untuk mengundi wajib memainkan peranannya dengan keluar mengundi, kerana dewan Parlimen memiliki kuasa bagi menentukan ketetapan dalam pelbagai masalah.

Oleh itu pastikan wakil yang kita pilih dan pangkah ialah calon yang bermanfaat bagi kebaikan kita dan menjauhkan kita daripada pelbagai bahaya yang akan menimpa atau kerosakan yang mungkin berlaku kepada diri, agama dan negara. Untuk itu kita mesti mengangkat orang-orang yang berkelayakan, yang akan membuat ketetapan demi menjamin kemaslahatan dan mengelakkan kerosakan.

2. Pengundi wajib memilih orang yang memiliki kelayakan iman, ilmu dan akhlak. Apatah lagi pengundian merupakan persaksian yang akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat.

3. Tidak memilih calon yang mewakili Parlimen seorang Muslim yang memiliki sifat melakukan maksiat secara terang-terangan memusuhi Allah, Rasul dan orang beriman.

– – – – – – –

Undilah saya, ANNUAR BIN SALLEH, calon NO.8 Parlimen P.102 Bangi dengan logo parti PEJUANG

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button