Dunia

Pengganas Israel cetus huru-hara serang pelajar universiti

Rejim haram terus cabul hak pendidikan warga Palestin

RAMALLAH, 24 Rabiulakhir 1444H, Sabtu – Tentera pengganas Israel sengaja mencetuskan huru-hara apabila menyerbu kampus Universiti Teknikal Palestin (Kadoori), di barat Tulkarm, semalam.

Menurut agensi berita WAFA, konvoi kenderaan tentera menyerbu masuk ke kampus universiti dari arah barat, di pintu utama sehingga mencetuskan konfrontasi.

Askar kemudiannya sengaja melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ke arah pelajar yang cuba menghalang serbuan pasukan rejim.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Setelah serbuan selesai, tentera Israel kemudiannya bertindak merampas rakaman kamera pengawasan di universiti terbabit.

Serangan terhadap sektor pendidikan oleh tentera dan peneroka haram Israel di Palestin adalah pencabulan besar kepada hak pendidikan dan pembangunan di negara itu.

Serangan seumpama ini sering berlaku di kawasan paling berisiko di Tebing Barat iaitu Kawasan C, H2 dan Baitulmaqdis.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button