Artikel KhasBerita Utama

Saya akan jadikan Temerloh ‘singa’ yang gagah!

Rakyat perlu nafas baharu melalui idea yang segar

TEMERLOH merupakan titik tengah Semenanjung Malaysia yang saya yakin merupakan titik kebangkitan kepada perubahan negara yang unggul.

Temerloh selaku ‘singa’ yang punyai potensi besar untuk bangkit menjadi kawasan yang maju dan pesat membangun jika dipimpin oleh seorang yang punyai visi dan agenda yang besar.

Namun, ‘singa’ itu masih lagi tidur lena dan tunggu masa sahaja untuk bangkit. Kita tidak mahu ‘singa’ ini terus diberikan ubat tidur oleh pemimpin yang memang mahu ianya terus tidur.

Ayuhlah bangkit, berani buat perubahan!

Saya akan jadikan Temerloh ini sebagai singa yang gagah megah, bukan sahaja di Pahang tetapi seluruh negara.

Saya merayu agar tuan-tuan dan puan-puan merenung sejenak, apakah kita berpuas hati dengan keadaan Temerloh sekarang ini? Atau apakah kita perlu nafas baharu melalui idea-idea yang segar?

Undilah saya!

HAJI AMINUDDIN YAHAYA
CALON PEJUANG PARLIMEN TEMERLOH

 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button