Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

2 pemimpin UMNO letak jawatan, kini desakan Zahid berundur

Hilang kepercayaan, mahu muka baharu pula urus parti

BANGI, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Krisis politik dalaman UMNO dilihat semakin tegang, apabila beberapa pemimpin mula meletak jawatan dan mendesak Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur.

Terbaharu, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar pula menjadi individu kedua yang mengumumkan peletakan jawatan di dalam parti itu, susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Noh berkata, peletakan jawatan itu dibuat bukan sahaja kerana Ahmad Zahid tidak lagi mempercayainya, bahkan beliau juga sudah hilang kepercayaan terhadap Pengerusi BN berkenaan.

“Saya juga minta kalau presiden berjiwa besar, dia patut letak jawatan sebagaimana dulu Datuk Seri Najib Razak bila kalah dia dipaksa letak jawatan.

“Maka, biarlah orang baharu yang menguruskan UMNO,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur.

Meskipun sudah tidak lagi menjadi Pengerusi UMNO Selangor, Noh berkata, beliau masih lagi Ahli Majlis Tertinggi parti dan akan terbabit dalam mesyuarat berkaitannya.

Pada masa sama, beliau turut menegaskan tidak menerima desakan mana-mana pihak untuk meletakkan jawatan, dan enggan mengulas keputusan pemimpin lain terhadap Ahmad Zahid.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan mengumumkan langkah sama, termasuk mendesak Ahmad Zahid mengambil tanggungjawab berundur secara terhormat.

Beliau berkata, UMNO perlu mempertimbang langkah seterusnya dalam situasi tiada pihak mencapai angka 112 pada PRU15.

“Benar, keputusan ini besar dan perlu dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi, bukan mana-mana individu atau kelompok sahaja,” katanya.

Berita berkaitan;

Shahril letak jawatan UMNO, gesa Zahid ikut langkah sama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button