Berita Utama

Keputusan PRU15 isyarat besar dari rakyat: Zahid

BN sedia jadi jambatan kukuhkan hubungan

BANGI, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menganggap keputusan PRU15 adalah suatu isyarat besar yang diberikan oleh rakyat terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, sekali gus bersedia mengetepikan perbezaan sentimen sebelum ini.

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya dalam kenyataan, awal hari ini.

Presiden UMNO itu berkata, BN akan memberikan tumpuan bagaimana untuk mengembalikan kekuatan parti, terutama untuk menangani cabaran semasa dan memahami keperluan generasi baharu.

Setakat jam 2 pagi ini, BN jauh ketinggalan daripada dua lagi gabungan utama lain – Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan – dengan hanya memperoleh 26 kerusi Parlimen.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button