Berita Utama

PN rampas Perlis dari BN

Menang semua kerusi Parlimen, 14 DUN

BANGI, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Perikatan Nasional (PN) memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengumumkan, hanya satu kerusi DUN Indera Kayangan terlepas kepada Pakatan Harapan (PH) selepas dimenangi calonnya, Gan Ay Ling.

Bagaimanapun, PN menyapu bersih semua tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Keputusan secara rasmi yang diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh  sekali gus menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu sejak lebih enam dekad lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button