Berita Utama

Polis beri amaran jangan gugat pasca PRU15

Tindakan tegas terhadap pihak ancam keselamatan negara

BANGI, 25 Rabiulakhir 1444H, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bersedia dalam menghadapi fasa pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tempoh pembentukan kerajaan baharu.

Sehubungan itu, mana-mana pihak diingatkan supaya tidak cuba menimbulkan perkara-perkara yang boleh menganggu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam dalam tempoh berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terjamin.

“Untuk memastikan ketenteraman awam terjamin, PDRM akan mengambil tindakan tegas bagi menangani tindakan mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Setakat petang ini, belum ada pembentukan kerajaan berlaku dengan status Parlimen tergantung, selepas tiada mana-mana parti gabungan politik yang berjaya memperoleh jumlah majoriti mudah.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button