Berita Utama

UMNO Johor tak mahu DAP dalam penubuhan kerajaan baharu

Keutamaan sekarang adalah bentuk gabungan yang stabil: Hasni Mohammad

BANGI, 26 Rabiulakhir 1444H, Isnin – UMNO Johor berpendirian gabungan politik yang dibentuk bagi menubuhkan kerajaan tidak perlu membabitkan DAP.

Pengerusinya, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, ketika ini keutamaan parti politik adalah untuk membentuk gabungan yang stabil.

“Kerajaan Persekutuan ditubuhkan perlu berfungsi serta berfahaman sederhana untuk memimpin Malaysia mendepani cabaran-cabaran sosial dan ekonomi masa hadapan.

“Oleh yang demikian, UMNO Johor berpendirian bahawa gabungan politik yang dibentuk tidak perlu membabitkan DAP,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, pagi ini Pengerusi Barisan Nasional (BN) bersama beberapa pimpinan parti mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Harapan (PN) termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Hotel Seri Pacifik, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg dilaporkan memaklumkan, gabungan itu bersetuju membentuk kerajaan Persekutuan menerusi kerjasama dengan tiga lagi gabungan iaitu Perikatan Nasional (BN) dan BN.

Dalam keputusan PRU-15, BN hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen, jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai pada PRU-14 iaitu sebanyak 54 kerusi.

Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beberapa kerusi yang dimenangi UMNO dalam PRU-14 lalu, tewas dan beralih ke Perikatan Nasional (PN).

Beliau yang juga Pengerusi BN Johor dan Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata, BN dan UMNO Johor menerima dan menghormati keputusan rakyat di dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, keputusan PRU-15 cukup jelas dan adalah penzahiran kepada kematangan rakyat dalam mendakap budaya demokrasi di Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button