Berita Utama

26 MP BN akan sokong segala keputusan Dewan Tertinggi BN

‘Ini arahan besar yang wajib diikuti semua Ahli Parlimen’: Ahmad Zahid

BANGI, 26 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Sebanyak 26 daripada 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan menyokong keputusan Dewan Tertinggi BN untuk bergabung dengan mana-mana parti.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dua daripadanya tidak dapat menghadiri perjumpaan yang diadakan di Hotel Seri Pacific, di sini kerana tidak sihat.

“Kami putuskan ketetapan dan arahan yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi BN adalah arahan besar yang wajib diikuti semua Ahli Parlimen,” katanya.

Antara yang berada pada sidang media itu ialah pimpinan UMNO dan BN iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button