Berita Utama

PN hairan UMNO rela kerjasama dengan PH, mana laungan di PAU?

Khabar angin wujud jajaran baharu supaya kekal berkuasa kian terbukti: Faizal Azumu

BANGI, 26 Rabiulakhir 1444H, Isnin – Perikatan Nasional (PN) Perak menyifatkan keputusan UMNO untuk menubuhkan kerajaan bersama Pakatan Harapan (PN) sebagai resipi untuk bencana.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan tersebut membuktikan khabar angin sebelum pilihan raya bahawa pemimpin UMNO sedang mengusahakan satu bentuk jajaran baharu dengan PH bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

“Kami juga tertanya-tanya di mana keputusan Perhimpunan Agung UMNO ‘No Anwar, No DAP’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan, PN Perak kekal dengan pendirian untuk menjadi pembangkang jika tidak dapat membentuk kerajaan negeri dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima perinsip perjuangan PN iaitu Prihatin, Bersih dan Stabil.

Faizal juga berkata, pihaknya tidak akan sama sekali bekerjasama dengan PH yang di dalamnya ada parti DAP yang sudah ditolak oleh sebahagian besar orang Melayu.

Selain terdapat di kalangan mereka yang tercemar dengan masalah rasuah, katanya.

Awal pagi tadi, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan pakatan itu berunding dengan BN bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau turut berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan pemimpin kedua-dua parti berkenaan duduk semeja di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur yang dipercayai untuk berunding membentuk kerajaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button