Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Seorang maut, 29 cedera letupan bom di Thailand

Tiada siapa mengaku bertanggungjawab atas serangan

BANGKOK, 27 Rabiulakhir 1444H, Selasa – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila bom meletup di dalam kawasan polis di selatan Thailand hari ini, kata seorang pegawai.

“Ia adalah bom kereta. Kami masih membersihkan kawasan itu dan bilangan yang cedera mungkin meningkat,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis wilayah Narathiwat, Leftenan Kolonel Niti Suksan.

Sementara itu, Pengarah Hospital Narathiwat Rajanagarindra, Pornprasit Jantra berkata, sekurang-kurangnya 29 orang dirawat di hospital kerana kecederaan, antaranya pegawai polis dan orang awam.

Setakat ini, tiada siapa yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Imej di media sosial menunjukkan asap hitam berkepul-kepul dari sebuah kereta yang terbakar di dalam kawasan bangunan bertingkat rendah dan polis mengalihkan lalu lintas.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan imej berkenaan.

Wilayah-wilayah di selatan Thailand di sepanjang sempadan dengan Malaysia telah menyaksikan pemberontakan peringkat rendah selama berdekad-dekad, di mana kerajaan Thailand telah memerangi kumpulan gelap yang mencari kemerdekaan untuk wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla yang majoritinya beragama Islam.

Letupan dan kebakaran melanda sekurang-kurangnya 17 lokasi di selatan Thailand pada Ogos, dalam apa yang kelihatan sebagai beberapa serangan terkoordinasi yang mencederakan tujuh orang.

Menurut kumpulan Deep South Watch – yang memantau keganasan itu – lebih 7,300 orang telah terbunuh dalam konflik itu sejak 2004.

Rundingan damai yang bermula pada 2013 telah menghadapi gangguan berulang kali. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button