Berita Utama

Amirudin, Wan Rosdy bincang pembentukan kerajaan Pahang

Hasil perbincangan positif

BANGI, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Pakatan Harapan (PH) Pahang turut mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan Pahang.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha PH Pahang, Rizal Jamin berkata, perbincangan membabitkan Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, semalam.

“Hasil perbincangan adalah positif ke arah membentuk kerajaan Pahang antara PH dan yang stabil dan inklusif demi menjamin kemakmuran dan pembangunan mapan ekonomi negeri Pahang Darul Makmur.

“Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) Pahang memperoleh 17 daripada 41 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi.

PH pula memperoleh lapan kerusi pada pilihan raya kali ini.

Sebelum ini, wakil Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan perbincangan dengan Wan Rosdy mengenai perkara sama.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, pertemuan diadakan di ibu negara berjalan lancar di antara dua gabungan parti politik berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button