Berita Utama

BN perlu kemuka CSA jika mahu kekal jadi pembangkang

Kerajaan minoriti sangat risiko, boleh jatuh sebab kurang sokongan

BANGI, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal pendirian sebagai pembangkang, parti yang pernah menguasai kerajaan sejak Merdeka hingga 2018 itu perlu mengemukakan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA).

Peguam, Lukman Syeriff Alias berkata, perjanjian berkenaan diperlukan bagi menjamin kerajaan supaya tidak akan jatuh dalam masa singkat.

“Keperluan CSA adalah untuk tidak menjatuhkan kerajaan baharu tersebut selain demi kestabilan negara.

“Dengan CSA Yang di-Pertuan Agong boleh ambil kira dokumen menunjukkan kerajaan tidak akan jatuh dalam masa yang singkat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, orang ramai perlu memahami mengapa penubuhan kerajaan minoriti amat berisiko kepada negara.

Jelas beliau, sekiranya kerajaan minoriti ditubuhkan, kemungkinan akan jatuh itu berlaku berikutan kekurangan sokongan daripada Ahli Parlimen.

“Nak lantik speaker pun susah. Satu rang undang-undang pun tak boleh diluluskan. Bayangkan budget pun tersangkut. Tak sampai enam bulan jatuh kerajaan lagi. Sama juga jika lantik hanya PN atau BN.” katanya.

Justeru, rakyat kini tiada pilihan dan CSA sangat diperlukan demi menjaga kestabilan negara.

Beliau yakin CSA mampu menjamin kestabilan kerajaan selain dapat memastikan ekonomi terus membangun.

“Sebab apa boleh pertimbang melakukan CSA, sebab kena lihat dan pastikan politik bergerak ke depan, yang penting adalah untuk stabilkan kerajaan, ekonomi. Jadi perlu lupakan sentimen politik,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button