Dunia

Korban gempa bumi Indonesia kini 252

31 masih hilang, 7,060 kediaman mangsa musnah teruk

JAKARTA, 28 Rabiulakhir 1444H, Rabu – Angka kematian akibat gempa bumi di daerah Cianjur, wilayah Jawa Barat, Indonesia terus meningkat kepada 252 orang, menurut kerajaan tempatan.

Setakat ini, 31 orang dilaporkan masih hilang, menakala 377 yang lain cedera dan 7,060 mangsa hilang tempat tinggal dalam kejadian gempa bumi kuat berukuruan 5.6 skala Richter pada Isnin.

Menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan, gempa bumi itu juga telah menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan harta benda, dengan 3,075 rumah rosak kecil, 33 sederhana dan 59 lagi rosak teruk.

“Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) tempatan masih mengumpul data berhubung jumlah mangsa, kerosakan infrastruktur, lokasi pemindahan dan keperluan segera,” kata jurucakapnya, Abdul Muhari dalam kenyataan.

Sementara itu, Presiden Joko Widodo melawat kawasan terjejas dan bertemu dengan penduduk yang terkesan dengan kejadian berkenaan.

“Pertama sekali, bagi pihak saya sendiri, bagi pihak kerajaan, saya ingin merakamkan ucapan takziah atas kejadian gempa bumi di Kabupaten Cianjur, wilayah Jawa Barat,” kata presiden.

Beliau turut memberi jaminan kepada keluarga terbabit bahawa kerajaan akan memberikan bantuan untuk penduduk yang berdepan kerosakan rumah akibat gempa bumi.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button