Berita Utama

Netizen dakwa DAP sanggup ‘jilat ludah’ demi berkuasa

Anggap tindakan hanya agenda politik, bukan seikhlas hati

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 29 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Siri ‘drama’ politik negara masih berlarutan memasuki hari kelima dengan pelbagai ‘plot twist’ yang menyebabkan rakyat semakin penat menantikan pengakhirannya.

Selepas episod di Istana Negara, kini parti tamak haloba, DAP pula membuat kemunculan ‘eksklusif’ memohon maaf secara terbuka atas sebarang kenyataan terdahulu pemimpin parti itu yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

Tindakan Setiausaha Agung, Anthony Loke membuat permohonan maaf secara terbuka ketika membuat kunjungan mesra ke kediaman Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial.

Kebanyakan netizen menganggap permohonan maaf parti berkenaan, sebagai tindakan tidak ikhlas dan hanya mempunyai agenda politik demi mendapatkan kuasa semata-mata.

Pemilik akaun Facebook, Kolee Saidin mendakwa tindakan pemimpin DAP itu bukanlah sesuatu yang sukar buat untuk dilakukan parti berkenaan, berbanding dengan ‘habuan’ yang bakal dinikmatinya nanti.

“Demi kuasa xdak hal punya,” tulisnya.

“Bravolah DAP, sanggup akui kesilapan dan memohon maaf terbuka,” sindir Ainah Lee.

Perkara sama turut disokong oleh Alawi Abdullah yang terkejut dengan permintaan maaf parti cauvanis berkenaan.

“Woww… minta maaf pun jadi hal besar nampak sangat jiwa kacau,” katanya.

Bagi Mohd Noor pula menyifatkan permintaan maaf berkenaan dilakukan kerana terpaksa.

“Ni orang panggil sudah meludah cuba cari dan jilat balik..kot dapat balik rasa manisnya,” katanya.

Sementara itu, sebahagian netizen juga mempertikaikan tindakan memohon maaf oleh pimpinan utama DAP itu hanya dibuat kepada rakyat Sarawak sahaja, dan tidak dilakukan untuk seluruh rakyat di negara ini.

“Kat sarawak je ke? Kat semenanjung bila?,” kata Mohd Amar.

“Masa pujuk memujuk ok…masa dapat kuasa maam-macam,” kata Mohd Akmal.

Terdahulu, Anthony dalam pertemuan itu mendakwa berharap dapat membuka lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

Malah dalam kunjungan berkenaan di Kuching yang turut ditemani Datuk Dr Sim Kui Him, Anthony turut membuat permohonan maaf dan mewakili pemimpin DAP lain yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

Sebelum ini, Pengerusi parti tersebut, Lim Guan Eng didakwa sombong dan angkuh apabila membuat kenyataan mahu Sarawak membayar hutang terlebih dahulu sebelum memberi peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak.

Guan Eng juga didakwa sering mengeluarkan kenyataan kurang sopan termasuk pernah mendakwa Sarawak akan bankrap.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button