Berita UtamaDunia

Tentera Sudan janji keluar politik, terima kerajaan bukan partisan

Rundingan bawah misi PBB diteruskan untuk akhiri krisis politik

KHARTOUM, 29 Rabiulakhir 1444H, Khamis – Panglima Besar Angkatan Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah Al-Burhan berkata, tentera akan menerima mana-mana kerajaan bukan partisan yang mengekalkan perpaduan negara, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Sebarang formula yang memastikan perpaduan Sudan dan memelihara maruah pasukan yang berdisiplin … dan yang membawa kerajaan bebas tidak berpihak yang diluluskan oleh pasukan politik akan diterima oleh Angkatan Tentera,” kata Al-Burhan pada mesyuarat komander tentera.

Panglima Tentera Darat memperbaharui janji awalnya bahawa tentera akan keluar dari kancah politik Sudan berikutan pembentukan kerajaan baharu yang dipersetujui oleh kumpulan politik.

Sudan tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sejak tahun lalu, apabila tentera memecat kerajaan peralihan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dan mengisytiharkan darurat, satu tindakan yang dikecam oleh kuasa politik sebagai ‘rampasan kuasa tentera’.

Rundingan berterusan diadakan antara tentera dan parti politik sejak beberapa minggu kebelakangan ini di bawah naungan Misi Peralihan Bersepadu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sudan untuk mencapai persetujuan bagi menyelesaikan kebuntuan politik negara itu.

Mekanisme QUAD, yang merangkumi AS, UK, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, juga telah mendorong pesaing di negara itu untuk mencapai perjanjian politik untuk membawa negara itu kembali kepada peralihan. 

Minggu lalu, pakatan pembangkang Forces for Freedom and Change (FFC) mengumumkan perjanjian rangka kerja dengan tentera untuk menyelesaikan krisis politik negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button