Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Dua maut banjir kilat di Jeddah

Sekolah ditutup, beberapa penerbangan ditangguh

JEDDAH, 30 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Dua maut dalam banjir kilat yang melanda bandar Jeddah di Arab Saudi pada Khamis berikutan kenaikan paras air ekoran hujan.

Jurucakap pertahanan awam Arab Saudi di wilayah Makkah mengesahkan jumlah kematian di Twitter dan menggesa penduduk untuk kekal di rumah melainkan keperluan mendesak.

Media kerajaan melaporkan, banjir juga menyebabkan kelewatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, penutupan sekolah dan menyekat jalan ke Makkah.

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi, hujan di kawasan selatan Jeddah antara 8 pagi dan 2 petang Khamis, yang mencecah 179 milimeter, adalah ‘tertinggi’ pernah direkodkan.

Ia melebihi jumlah hujan yang dicatatkan pada 2009 apabila puluhan orang maut dalam banjir kilat.

Imej yang disiarkan di media sosial pada Khamis menunjukkan kereta hanyut di sepanjang jalan.

Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di bandar itu berkata, disebabkan keadaan cuaca, pelepasan beberapa penerbangan telah ditangguhkan, justeru menggesa penumpang untuk menghubungi syarikat penerbangan untuk jadual terkini.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) rasmi melaporkan, sebelum awal pagi sekolah di bandar itu akan ditutup kerana hujan diramalkan berterusan sepanjang hari.

“Sekolah-sekolah juga ditutup di bandar berdekatan Rabigh dan Khulais untuk memelihara keselamatan pelajar lelaki dan perempuan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button