Berita UtamaDunia

Lubnan gagal lagi pilih presiden kali ke-7

Perlu 86 undi, Michel Moawad hanya dapat 40 undi

BEIRUT, 30 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Lubnan gagal buat kali ketujuh untuk memilih presiden baharu ketika negara itu bergelut dengan krisis politik dan ekonomi yang semakin meruncing, lapor Agensi Berita Anadolu.

Sesi pengundian itu dihadiri 110 Ahli Parlimen daripada 128 Ahli Parlimen.

Michel Moawad, calon yang disokong oleh parti Pasukan Lubnan, mendapat 42 undi, jauh daripada jumlah yang diperlukan untuk memenangi pusingan pertama, manakala 50 Ahli Parlimen membuang undi kosong.

Speaker, Nabih Berri, menetapkan sesi pengundian seterusnya selama seminggu dari sekarang iaitu pada 1 Disember.

Seorang calon memerlukan dua pertiga undi (86 Ahli Parlimen) di Parlimen yang mempunyai 128 ahli untuk melepasi peringkat pertama, manakala majoriti mutlak diperlukan dalam pusingan berikutnya.

Bekas Presiden, Michel Aoun, melepaskan jawatan pada 31 Oktober selepas menamatkan penggal enam tahun, tanpa pengganti.

Sejak 2019, ekonomi Lubnan semakin merudum, menurut Bank Dunia, ia antara yang paling teruk yang pernah dilihat dunia pada zaman moden.

Negara itu tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi sepenuhnya sejak Mei, dengan Perdana Menteri, Najib Mikati, dan Kabinetnya mempunyai kuasa terhad dalam status sementara mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button