Berita UtamaDunia

Qatar peruntuk AS$2.6 juta bantu 100,000 pelarian

Sokong pihak yang perlukan bantuan segera pada musim sejuk

DOHA, 30 Rabiulakhir 1444H, Jumaat – Qatar akan menyediakan AS$2.6 juta (RM11.63 juta) untuk membantu hampir 100,000 pelarian Syria di Jordan dan Lubnan dengan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal.

Dana Pembangunan Qatar (QFFD) bersetuju dengan pengeluaran melalui Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR, pada awal musim sejuk kepada lebih 13,500 rakyat Syria di Jordan dan hampir 82,400 di Lubnan.

“QFFD tidak memerlukan usaha keras untuk bertindak balas terhadap keperluan kemanusiaan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

“Permulaan musim sejuk menjadikan usaha kami lebih penting untuk menyokong mereka yang memerlukan bantuan segera,” kata Ketua Pengarahnya, Khalifa al-Kuwari.

Beliau berkata, pihaknya berbangga dengan perkongsian bersama UNHCR dan percaya adalah penting untuk terus bekerjasama bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan.

Sejak 2010, kerajaan dan pertubuhan di Qatar telah menyediakan bantuan AS$373 (RM1.67 bilion) kepada pihak yang terjejas akibat konflik, terutamanya mereka yang dipindahkan dari negara asal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button