Berita Utama

Jangan hilang semangat, teruskan perjuangan untuk bangsa, agama

Walaupun tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar

ASSALAMUALAIKUM warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Saya mengutus surat ini untuk 4,566 pengundi-pengundi yang telah memberi undi mereka kepada saya di dalam PRU ke-15 untuk kerusi Parlimen Langkawi.

2. Saya tidak tahu siapa yang telah mengundi saya kerana undi itu rahsia jadi saya tidak ada jalan lain untuk ucap berbanyak terima-kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian kerana telah dengan berani memberi undi kepada saya melainkan melalui surat terbuka ini.

3. Walaupun saya mungkin tidak kenal setiap seorang dari tuan-tuan dan puan-puan tetapi saya merasa sangat berbesar hati kerana semangat, keberanian dan penolakan rasuah oleh semua untuk memberi undi kepada saya yang mewakili Pejuang/GTA.

4. Di atas kesedaran ini, sekali lagi saya ingin ucap berbanyak-banyak terima kasih kerana mengundi saya.

5. Yakinlah bahawa walaupun kita tidak ramai, ia tidak bermakna perjuangan kita tidak benar. Malahan, kerana berpegang kepada prinsip perjuangan itulah kita kadang-kala dipinggir.

6. Saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan tidak merasa terlalu sedih dan hilang semangat untuk meneruskan perjuangan kita untuk bangsa kita, agama kita dan juga tanah air kita.

Salam hormat,

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
26 November 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button