Berita UtamaDunia

1,200 kanak-kanak Afghanistan nikmati institusi pendidikan, pusat rekreasi

Institusi khusus anak-anak terbiar akan dibina di lokasi sama

TAKHAR, 2 Jamadilawal 1444H, Ahad – Dalam usaha meringankan bebanan kehidupan kanak-kanak di Afghanistan, sebuah pertubuhan kemanusiaan membina kemudahan khusus untuk tujuan pendidikan dan rekreasi di wilayah ini, lapor agensi berita.

Lebih 1,200 kanak-kanak di wilayah berkenaan yang kebanyakannya ibu bapa mereka di penjara atau di hospital berpeluang mendapat manfaat daripada penubuhan institusi di wilayah berkenaan.

Ketua Pertubuhan Amal di Takhar, Kamran Sadat berkata, pihaknya telah mengenal pasti kanak-kanak berkenaan menerusi kerjasama dengan Jabatan Buruh dan Hal Ehwal Kebajikan Sosial dan menawarkan peluang pendidikan ini kepada mereka.

Malah, Kamran berkata, institusi kedua khusus untuk kanak-kanak terbiar akan dibina di wilayah sama yang akan menerima dana sepenuhnya daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Sementara itu, seorang kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Moqadas berkata, dia berpeluang belajar di sekolah itu berikutan ibunya kini sedang dirawat di hospital membolehkan dia datang untuk belajar dan bermain bersama rakan-rakan lain.

“Saya sangat gembira diberi peluang untuk belajar bersama rakan-rakan lain,” ujarnya penuh teruja. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button