Berita Utama

PN Selangor pergiat strategi hadapi PRN tahun depan

Gelombang sokongan anak muda kepada PN dilihat semakin positif

BANGI, 2 Jamadilawal 1444H, Ahad – Perikatan Nasional (PN) Selangor akan terus bekerja keras sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), tahun depan.

Kemenangan PN di enam kerusi Parlimen Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu jelas memberi gambaran mengenai penerimaan masyarakat kepada gabungan tersebut terutamanya di kawasan majoriti Melayu, kata, Ketua Pemuda PN Selangor, Mohamed Shukri Omar.

Bahkan, jentera semakin bersemangat khususnya dengan suntikan motivasi kemenangan PN di enam kerusi Parlimen.

“Kejayaan tersebut menunjukkan Selangor bukan lagi kubu kuat Pakatan Harapan (PH).

“PAS Selangor juga turut mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya berjaya menawa tiga kerusi Parlimen iaitu di kapar, Kuala Langat dan Hulu Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Shukri berkata, PN kini sedang merangka pelbagai strategi sebagai persiapan PRN ke arah menawan Selangor.

“Gelombang sokongan anak muda kepada PN juga dilihat semakin positif dan strategi utama adalah menawarkan solusi dan inisiatif yang sesuai kepada anak-anak muda.

“Pelan tersebut telah dirangka bersama pemegang taruh dan dibentangkan pada masa yang sesuai,” jelas beliau.

Pada PRU15 lalu, sebanyak 22 kerusi Parlimen dipertandingkan di Selangor lalu menyaksikan PN memperoleh enam kemenangan manakala PH pula mendapat 16 kerusi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button