Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tak perlu tunduk desakan iktiraf sijil UEC, wujudkan sekolah satu aliran

Baru 4 hari Anwar pegang jawatan PM, Dong Zong sudah tunjuk belang

BANGI, 2 Jamadilawal 1444H, Ahad – Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hari ini tidak sewajarnya tunduk dengan memberikan autonomi untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang berpandukan pendidikan Taiwan.

Ketua Pergerakan Wira Putra Malaysia, Nasrul Ali Hassan Abdul Latif berkata, permintaan pertubuhan pendidikan Cina perlu ditentang berikutan tidak selari dengan status quo sistem pendidikan negara.

Bahkan, ia melanggar aspek piawaian sukatan mata pelajaran dan bahasa yang sangat jelas.

“Baru empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, pertubuhan Dong Zong sudah tunjuk belang.

“Mereka menuntut pengiktirafan UEC dan peruntukan kekal bagi aliran berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Dong Zong menggesa kerajaan baharu mengiktiraf sijil UEC dan menginstitusikan peruntukan Sekolah Menengah Persendirian Cina secepat mungkin.

Atas dasar itu, Wira Putra menggesa Menteri Pendidikan yang bakal dilantik tidak perlu memberi keutamaan kepada tuntutan itu sebaliknya meneruskan dasar kementerian sedia ada.

Nasrul Ali menambah, menteri tersebut perlu menjadikan semua sekolah jenis kebangsaan yang diletakkan di bawah sistem pendidikan kebangsaan untuk dijadikan sekolah perpaduan atau satu aliran.

“Perpaduan yang cuba diperkenalkan sepatutnya bukan semata-mata di Parlimen, tetapi diterjemah kepada semua peringkat bagi menjamin keharmonian dan perlu bermula di sekolah.

“Perpaduan dan kesatuan yang dipupuk dari sekolah satu aliran mampu memberi impak positif dalam membentuk generasi yang sayangkan tanah air serta saling hormat menghormati sesama etnik,” tegas beliau.

Menurut Nasrul Ali Hasan, sekiranya Sekolah Menengah Persendirian Cina tidak diletakkan di bawah sistem pendidikan kebangsaan dan dikategorikan sebagai pendidikan swasta, pengiktirafan dan sebarang dana kerajaan tidak wajar diberikan kepada sekolah vernakular tersebut.

Sebaliknya, beliau menegaskan, pemerkasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan perlu diutamakan dan pengiktirafanbSijil UEC yang akan merenggangkan semangat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini perlu ditolak.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button