Berita Utama

PAS Pahang mahu jadi pembangkang konstruktif

Tegur, nasihat supaya tadbir urus negeri berjalan lancar

BANGI, 3 Jamadilawal 1444H, Isnin – PAS Pahang menghormati pilihan rakyat pada pilihan raya dan akan berperanan sebagai pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ia susulan keputusan Barisan Nasional (BN) menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan gabungan untuk menerajui negeri berkenaan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar berkata, dengan mandat dan majoriti pilihan rakyat ini PAS dan Perikatan Nasional (PN) akan berperanan sebagai pembangkang yang konstruktif.

Ini termasuk nenegur dan menasihati semua pihak supaya tadbir urus negeri Pahang dapat berjalan dengan lancar.

“… dan bersesuaian dengan matlamat pembentukan negeri yang diinginkan oleh PN iaitu prihatin, bersih dan stabil,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau, hari ini.

Hari ini, Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Abu Bakar di Pekan atas perkenan Pemangku Raja Pahang , Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tengku Hassanal juga berkenan dengan pembentukan kerajaan negeri antara BN dan PH selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan tiada parti memperoleh majoriti mudah 22 kerusi DUN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button