Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Pakistan, IMF bincang bantuan pinjaman AS$7 bilion

Sasar sokongan pada keperluan kemanusiaan, pelan pemulihan

ISLAMABAD, 4 Jamadilawal 1444H, Selasa – Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memulakan perbincangan secara atas talian bagi semakan kali kesembilan untuk program pinjaman sebanyak AS$7 billion.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan, Pakistan telah berkongsi data fiskal termasuk bantuan untuk banjir dan perbelanjaan berkaitan.

Malah, satu pasukan daripada agensi berkenaan dijangka akan membuat lawatan ke negara itu tidak lama lagi.

Di bawah Kemudahan Dana Lanjutan (EFF) IMF, Pakistan memperoleh AS$6 bilion bailout pada 2019 namun ditambah AS$1 bilion lagi awal tahun ini.

Wakil IMF Esther Perez berkata, sebagai sebahagian daripada semakan kesembilan di bawah EFF, perbincangan jarak jauh antara kakitangan IMF dan pihak berkuasa Pakistan berhubung dasar untuk mengutamakan semula dan menyasarkan sokongan yang lebih baik terhadap keperluan kemanusiaan dan pelan pemulihan.

Tahun ini, Pakistan telah dilanda banjir yang mengorbankan lebih 1,700 penduduk, memusnahkan kawasan peladangan dan juga infrastruktur sekali gus telah memburukkan lagi krisis ekonomi menyebabkan inflasi tinggi dan rizab pertukaran asing yang semakin berkurangan.

“IMF memahami keadaan banjir telah mengubah keadaan makroekonomi menyebabkan program ini diwujudkan bagi mengurangkan beban negara,” katanya.

Rizab Pakistan berjumlah AS$7.8 bilion pada 18 November lalu, hampir tidak mencukupi untuk menampung import selama sebulan.

Malah, Bursa Saham Pakistan jatuh menjunam sekitar dua peratus semalam pada hari pertama dagangannya selepas bank pusat secara tidak dijangka menaikkan kadar dasar utamanya kepada 16 peratus minggu lepas.

Terdahulu, media melaporkan IMF telah meminta Pakistan mengurangkan perbelanjaan sebelum perbincangan mengenai semakan kesembilan.

Ogos lalu, Lembaga IMF meluluskan semakan kali ke- ketujuh dan lapan selain meluluskan pengeluaran lebih AS$1.1 bilion.

Bagaimanapun semakan untuk kali-kesembilan masih tertangguh sejak September lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button