Berita Utama

Jangan layan tuntutan Dong Zong iktiraf UEC: ISMA

Pengiktirafan tak selari semangat perpaduan sebagai teras negara

BANGI, 4 Jamadilawal 1444H, Selasa – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) konsisten dengan pendiriannya menolak keras pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana tidak selari dengan semangat perpaduan.

Justeru, ISMA berharap Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melayan sebarang tuntutan untuk mengiktiraf sijil berkenaan.

Naib Presiden ISMA, Mohd Noor Azib Asmangi berkata, ISMA sejak dahulu konsisten menolak pengiktirafan UEC tanpa mengambil kira mana-mana kerajaan yang memerintah.

“Tuntutan UEC tidak selari dengan semangat perpaduan yang menjadikan keluhuran Perlembagaan sebagai teras negara.

“Hal ini kerana pengiktirafan UEC mewujudkan dua sistem atau dua dasar pendidikan dalam sesebuah negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net, hari ini.

Sebelum ini, Dong Zong dilaporkan menggesa kerajaan baharu mengiktiraf UEC dan memberi peruntukan kekal kepada sekolah aliran persendirian Cina.

Menurut laporan Sin Chew Daily, mesyuarat bersama Dong Zong kali ke-93 sebulat suara meluluskan dan menerima 11 cadangan termasuk menggesa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengiktiraf UEC serta menginstitusikan Sekolah Menengah Persendirian Cina secepat mungkin.

Mengulas perkara itu, Mohd Noor Azib menyifatkan tindakan Dong Zong mendesak kerajan mengiktiraf sijil berkenaan bukanlah suatu perkara mengejutkan.

Ini kerana, pertubuhan pendidikan Cina itu ingin mengambil peluang daripada manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan sikap keterbukaan Anwar Ibrahim.

“ISMA berharap Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri ke-10 tidak melayan tuntutan iktiraf UEC,” katanya.

Berita berkaitan;

https://ismaweb.net/2022/11/29/dap-mula-tunjuk-taring-gelojoh-desak-iktiraf-uec/

Kerajaan Perpaduan hipokrit jika ‘tunduk’ iktiraf UEC


https://ismaweb.net/2022/11/27/arus-tolak-uec-kali-ini-mesti-besar-lebih-keras-aminuddin/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button