Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

PM perlu buktikan nilai integriti lantik anggota Kabinet

Lakukan reformasi bebaskan negara dari cengkaman salah guna kuasa

BANGI, 4 Jamadilawal 1444H, Selasa – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) bersetuju dengan desakan pelbagai pihak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berkompromi atas sebarang alasan dalam melantik ahli Parlimen yang sedang didakwa di mahkamah sebagai anggota Kabinet.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, Anwar perlu membuktikan kepada rakyat bahawa nilai integriti dan karisma pemimpin yang bersih serta bebas rasuah adalah keutamaan dalam anggota Kabinet, bagi memartabatkan kembali nama Malaysia di persada dunia.

“Kita sedar bahawa selama ini Perdana Menteri sewaktu mengetuai barisan pembangkang secara konsisten tegas dengan pandangan mahukan pemimpin-pemimpin yang berintegriti tinggi.

“Nilai integriti, ketelusan dan salah guna kuasa mesti dizahirkan menerusi pelantikan anggota-anggota Kabinet yang mempunyai rekod bersih. Inilah masanya untuk membuktikan ketegasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya amat bersetuju dengan pendapat yang mengatakan, sekiranya ahli Parlimen yang masih dalam kes mahkamah dilantik pasti akan melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan ini.

Jais berpandangan, golongan itu mesti terus dihadapkan ke mahkamah sehingga didapati tidak bersalah dan dilepaskan sepenuhnya sebelum dilantik.

Jelasnya, perkara ini sangat penting bagi membezakan kerajaan kini dan yang lalu.

“MCW mewakili rakyat yang cintakan perjuangan antirasuah menggesa kerajaan terkini di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang mahu lakukan reformasi untuk bebaskan negara daripada cengkaman salah guna kuasa dan penyelewengan¬†wang rakyat.

“Hentikan kerakusan kuasa politik supaya semua ahli Parlimen yang bakal dilantik dapat bertindak dan bekerja tanpa melatah dalam mainan politik kotor.

“Berkhidmatlah dengan amanah demi kestabilan politik, kemakmuran rakyat dan bekerja keras untuk memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat pandemik COVID-19 serta senario ekonomi dunia yang semakin meruncing,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button