Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Poster ‘kenaikan tangga gaji PDRM’ palsu

Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilawal 1444H, Rabu – Jabatan Perdana Menteri hari ini menafikan kenyataan satu poster yang tular di media sosial bertajuk ‘PM-Kenaikan Tangga Gaji PDRM Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat’.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, JPM berkata kenyataan itu adalah palsu.

Sambil menyertakan tangkap layar poster berkenaan, JPM meminta orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

“Tidak pasti, jangan kongsi. Untuk berita sahih boleh rujuk akaun media sosial rasmi JPM melalui Facebook; Twitter; Instagram dan TikTok,” menurutnya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button