Berita Utama

Hujan berterusan di negeri Pantai Timur, utara hingga Sabtu

Orang awam dinasihat rujuk MetMalaysia, myCuaca dapatkan maklumat

BANGI, 6 Jamadilawal 1444H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengemaskini amaran hujan berterusan peringkat kuning membabitkan negeri-negeri Pantai Timur dan utara Semenanjung, berkuat kuasa sehingga Sabtu.

Berdasarkan analisis model-model cuaca, MetMalaysia berkata, angin timur kencang dijangka bertumpu di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 4 Disember, sekali gus berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di kawasan terbabit.

Pada masa sama, satu sistem cuaca tekanan rendah dijangka terbentuk di perairan Laut China Selatan esok dan diramal bergerak ke barat menghampiri pantai timur Semenanjung.

“Keadaan ini boleh meningkatkan intensiti hujan di kawasan berkenaan.

“Dalam masa yang sama, amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama) juga dikemas kini untuk perairan Kelantan, Terengganu, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan berkuat kuasa sehingga 5 Disember 2022,” katanya.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman webnya di www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dah sahih.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button