Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Populasi Muslim di England, Wales meningkat 44 peratus

Jumlah penganut Kristian catat kemerosotan

LONDON, 6 Jamadilawal 1444H, Khamis – Penduduk Islam England dan Wales telah meningkat sebanyak 44 peratus sejak sedekad lalu, menurut data Banci 2021 yang baru dikeluarkan.

Angka yang diterbitkan oleh Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS) menunjukkan bilangan Muslim di England dan Wales ialah 6.5 peratus atau 3.9 juta orang berbanding 4.9 peratus (2.7 juta) pada 2011.

Bagaimanapun, data itu juga menunjukkan bahawa majoriti umat Islam (61 peratus) tinggal di kawasan paling miskin di kedua-dua negara, manakala hanya empat peratus tinggal di tempat paling kurang berkemampuan di England dan Wales.

Selain itu, kumpulan etnik kedua terbesar yang memeluk agama Islam ialah Asia, Asia British atau Asian Welsh.

Kumpulan ini menyumbang 9.3 peratus daripada keseluruhan populasi – 5.5 juta orang meningkat daripada 4.2 juta.

Seperti mana banci terakhir, Tower Hamlets di London Timur mempunyai peratusan penduduk Muslim tertinggi, dengan populasi meningkat sebanyak 1.9 peratus dan kini membentuk hampir 40 peratus daripada penduduk tempatan.

Data Banci juga mendedahkan kemerosotan penganut Kristian kerana buat kali pertama hanya sedikit penduduk England dan Wales yang mengaku mereka menganut agama itu.

Peratusan mereka yang mengaku beragama Kristian adalah 46.2 peratus, menurun daripada 59.3 peratus dalam banci sebelumnya.

Sementara itu, 37.2 peratus orang (22.2 juta) mengisytiharkan mereka tiada agama Рrespon kedua paling biasa diterima dan mewakili peningkatan daripada 25.2 peratus pada 2011.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button