Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tugas Menteri Perpaduan penting, perlu diserah pada MP berkelayakan

Kesal kempen pilihan raya tular dengan pengisian perkauman, ektremisme agama

BANGI, 6 Jamadilawal 1444H, Khamis – Kempen pilihan raya di media sosial, baru-baru ini yang terpalit dengan pengisian berbentuk perkauman dan ektremisme agama menampakkan begitu rapuhnya institusi sosial masyarakat negara.

Ketua Pemuda BERJASA, Fahmi Bazlan berkata, situasi ini berlaku berikutan pengasingan interaksi sosial kaum yang melahirkan syak wasangka sesama sendiri dan menimbulkan perasaan yang negatif.

Bagi mengelakkan masalah ini berlanjutan, sudah tiba masanya portfolio Menteri Perpaduan diperkasa dengan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Ahli Parlimen yang berkelayakan.

Mengesyorkan perkara itu, beliau berkata, portfolio kementerian ini perlu diisi oleh pihak yang bebas kontroversi dan mempunyai kemahuan politik untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Mungkin ramai pihak melihat jawatan Menteri Perpaduan ini tidak segah jika dibandingkan dengan jawatan menteri-menteri kanan lain seperti Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan malahan Timbalan Perdana Menteri.

“Namun penting untuk diingatkan bahawa perpaduan kaum adalah kunci kepada kemakmuran negara. Ekonomi, industri dan pentadbiran tidak dapat dijalankan apabila rakyat hidup dalam keadaan yang tidak harmoni,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta martabat Kementerian Perpaduan diangkat oleh pihak kerajaan.

Katanya, sokongan pihak kerajaan melalui pemberian bajet yang mencukupi amat digalakkan.

Ini kerana, banyak inisiatif boleh dibuat seperti program jelajah erat perpaduan dan kempen perpaduan kaum di media sosial mahupun di media arus perdana.

“Sesebuah negara yang kuat adalah negara yang disokong dengan kuat oleh rakyat yang bersatu hati,” katanya.

Pembentukan barisan Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka diumumkan selewat-lewatnya hari ini bagi membolehkan Jemaah Menteri baharu mengangkat sumpah sebelum hujung minggu ini.

Ia dipercayai bagi membolehkan Kabinet Kerajaan Perpaduan itu dapat dibentuk segera berikutan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijangka ke luar negara pada Sabtu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button