Berita Utama

Anwar menghadap Agong pagi ini

Lantikan barisan Kabinet diumumkan masa terdekat

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan mengenai pelantikan barisan Kabinet kini hampir selesai dan berharap ia dapat diumumkan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dalam pada itu berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada 8 pagi ini.

“Saya mohon maaf, terpaksa bergegas (untuk) selesaikan masalah (isu Kabinet) dengan semua komponen, kerana kita harus segera bentuk barisan jemaah menteri dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya harap dapat diumum dalam masa dua, tiga hari lagi,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Reformis di Sungai Long, Kajang, malam tadi.

Perdana Menteri dijadualkan ke Perak esok antara lain untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada pukul 10 pagi.

Selepas itu, beliau dijadual mengadakan sesi tinjauan mesra  di Pasar Tanjung Rambutan,  lawatan tapak Klinik Kesihatan Manjoi dan kemudian solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Masjid Muhammad Al Fateh, Taman Jati, Ipoh. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button