Berita UtamaDunia

Presiden Zelensky lawat Donetsk, kawasan didakwa milik Russia

Bakhmut kini jadi sasaran utama pertempuran sengit

DONETSK, 12 Jamadilawal 1444H, Rabu – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky membuat lawatan di wilayah timur negaranya di Donestsk yang didakwa Russia sebagai kawasan miliknya.

Kawasan berkenaan di sekitar bandar Bakhmut kini menjadi sasaran utama pertempuran sengit selepas pasukan tentera Ukraine merampas semula Kherson di selatan negara itu, bulan lalu.

Bagaimanapun, Zelensky yakin Ukraine mampu merampas semula semua kawasan yang ditawan Russia termasuk Crimea – selatan Ukraine yang ditawan Russia sejak lapan tahun lalu.

Katanya, sejak beberapa minggu lalu pertempuran berlaku berhampiran Bakhmut.

Dalam lawatan berkenaan beliau melahirkan rasa kagum terhadap pasukan tentera yang berjaya menawan semula bandar Sloviansk, bandar pertama yang ditawan Russia pada 2014.

Beliau juga turut melawat pasukan tentera yang dirawat di hospital di wilayah Kharkiv di timur laut Ukraine.

Sementara itu, Datuk Bandar Donetsk, yang berada di bawah kawalan Russia berkata, serangan tembakan Ukraine telah membunuh enam dipercayai tentera Russia.

Di wilayah Dnipropetrovsk, Datuk Bandar Valentyn Reznivhenko berkata, serangan terbaharu Russia yang dilaporkan berlaku petang semalam dan mengakibatkan seorang cedera selepas kawasan industri berkenaan diserang dan menyasarkan infrastruktur awam.

Ukraine kini yang menyaksikan musim salji dan suhu di bawah paras sifar di beberapa wilayah dan jutaan penduduk kini tidak mempunyai bekalan elektrik dan air sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai akan meninggal dunia akibat hipotermia. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button