Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Waspada terima panggilan ‘scam’ menyamar pegawai JPDP

Jangan sesekali beri data peribadi termasuk maklumat perbankan

BANGI, 12 Jamadilawal 1444H, Rabu – Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menegaskan tiada sebarang panggilan menggunakan nombor telefon bimbit persendirian dibuat oleh mana-mana pegawainya bagi tujuan dakwaan, ancaman atau salah laku terhadap orang awam.

Jabatan itu dalam satu kenyataan berkata, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan JPDP akan dilakukan melalui saluran rasmi seperti e-mel, laman web dan platform media sosial, bukan menggunakan nombor telefon persendirian dengan penggunaan gaya bahasa yang meragukan.

Justeru, orang ramai diingatkan supaya berwaspada dengan panggilan daripada individu yang tidak dikenali dan menyamar sebagai pegawai JPDP dengan mendakwa kononnya orang yang dihubungi telah melakukan kesalahan.

Pada masa sama, JPDP turut menasihatkan orang ramai untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya apabila menerima panggilan ‘scam’ berkenaan.

“Jangan sesekali berikan data peribadi termasuk maklumat perbankan kepada pemanggil.

“Jangan sesekali klik atau mengakses pautan atau lampiran yang dihantar oleh pemanggil,” katanya.

JPDP turut mengingatkan untuk melakukan semakan terhadap e-mel atau mesej yang diterima dengan pihak JPDP sebelum sebarang tindakan diambil.

“Laporkan panggilan scam tersebut kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di nombor 997 untuk melaporkan sebarang kejadian penipuan kewangan dalam talian (jika menjadi mangsa scam),” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button