Berita UtamaDunia

Israel makin ganas bunuh lagi pejuang Palestin

Seorang lagi ditahan kini dalam keadaan kritikal

RAMALLAH, 14 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Tentera pendudukan haram Israel menembak mati seorang warga Palestin dan mencederakan tiga yang lain berhampiran bandar Aboud, barat laut Ramallah.

Kementerian Kesihatan berkata, pihaknya telah dimaklumkan Pihak Berkuasa Hal Ehwal Awam Palestin bahawa seorang daripada mangsa yang cedera ditahan oleh tentera berada dalam keadaan kritikal.

Semua pemuda itu berasal dari bandar berhampiran Beit Rima.

“Dua daripada tiga yang cedera dibawa ke hospital di Ramallah dan dilaporkan dalam keadaan stabil dengan satu tembakan di dada dan satu lagi di kaki,” kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan berkata, tentera rejim Zionis tidak berapa lama kemudian menyerahkan mayat pemuda yang dibunuh kepada rakyat Palestin.

Dia dikenali sebagai Dia Mohammad Rimawi, 15.

“Seorang lagi warga Palestin yang cedera yang ditahan oleh tentera masih dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke hospital Israel,” katanya.

Terdahulu, tiga rakyat Palestin ditembak mati oleh tentera Israel ketika serangan tentera ke atas kem pelarian Jenin.

Dengan insiden terbaharu, Israel telah membunuh 165 rakyat Palestin di Tebing Barat sejak awal tahun ini. – Agensi

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/12/08/3-lagi-rakyat-palestin-dibunuh-kejam/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button