Berita UtamaDunia

Russia didakwa pasang pelancar roket tembak seluruh Ukraine

Dipercayai mampu menembak sehingga jarak 40 kilometer

KYIV, 14 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Ukraine mendakwa tentera Russia memasang puluhan pelancar roket di stesen jana kuasa nuklear di Zaporizhia yang tidak beroperasi.

Tindakan itu mencetuskan kebimbangan penduduk setempat kerana dijadikan pangkalan untuk menembak keseluruhan wilayah negara itu.

Syarikat Nuklear Energoatom milik Ukraine dalam kenyataan memaklumkan, tentera Russia yang menawan kawasan berkenaan telah memasang beberapa pelancar roket di stesen jana kuasa terutama di setiap enam reaktor nuklear.

Sistem berkenan dibina secara rahsia oleh pasukan Russia dan telah melanggar semua syarat untuk keselamatan nuklear.

“Pelancar roket yang dipasang oleh tentera Russia dipercayai boleh menembak sehingga jarak 40 kilometer dan mampu memecah tebing di Sungai Dnieper,” katanya.

Walaupun risiko kerosakan di sistem jana kuasa nuklear berkurangan berikutan kesemua reaktor tidak beroperasi namun pelepasan sinaran radiasi bahaya masih meninggalkan kesan bahaya kepada masyarakat setempat.

Stesen jana kuasa itu terletak di wilayah Ukraine namun berjaya ditawan Russia sejak Februari lalu, ketika awal peperangan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button