Berita Utama

Hamzah Zainuddin dilantik Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat

Jawatankuasa turut setuju lantik Takiyuddin sebagai ketua whip PN

BANGI, 15 Jamadilawal 1444H, Sabtu – Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat selepas dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN), beberapa hari lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat dan pencalonan Hamzah juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh, hari ini.

Beliau yang pernah menjawat Menteri Tenaga dan Sumber Asli di zaman pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri berkata, jawatankuasa itu juga bersetuju melantik dirinya sebagai ketua whip PN

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button