Berita Utama

Tanding jawatan Presiden UMNO? ‘Let’s see’, kata KJ

PAU 21 hingga 24 Disember tak babitkan pemilihan parti

BANGI, 17 Jamadilawal 1444H, Isnin – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin belum mengesahkan sama ada akan meneruskan hasrat untuk bertanding merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau hanya tergelak apabila diajukan soalan berkenaan.

“Let’s see (kita lihat nanti),” katanya seperti dipetik media tempatan.

Bekas Menteri Kesihatan itu berkata demikian apabila ditanya wartawan sama ada akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu nanti.

Ketika kempen pilihan raya di Sungai Buloh bulan lalu, Khairy dilaporkan menyatakan hasrat untuk menawarkan diri menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri satu masa nanti.

Bagaimanapun ketika itu beliau tidak menyatakan bila akan bertanding jawatan dalam parti.

Terdahulu, media melaporkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini tidak membabitkan pemilihan parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button