Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Bapa disyaki tanam anak tepi jalan selepas dera hingga mati

Perbuatan terbongkar selepas ibu mangsa buat laporan polis

KUALA LUMPUR, 18 Jamadilawal 1444H, Selasa – Perbuatan kejam seorang lelaki mendera dan menanam mayat anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kawasan riadah di sini, terbongkar selepas ibu kepada kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek mengenai anaknya yang dalam keadaan lemah dan berdarah pada bahagian mulut selepas balik ke rumah setelah bekerja pada Jumaat lepas, disyaki didera oleh suaminya.

Susulan laporan wanita warga asing berusia 41 tahun itu, sepasukan anggota polis bersama wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ke rumahnya di Jalan Pudu, di sini untuk mengambil anaknya, namun anak serta suaminya tiada di rumah.

“Lelaki berumur 40 tahun yang tidak bekerja itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari pada Ahad lepas di Jalan Pasar Pudu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noor Dellhan berkata, hasil soal siasat mendapati lelaki terbabit mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, di sini namun tidak mendedahkan waktu lelaki berkenaan menanam mayat anaknya itu.

Katanya, keputusan bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak perempuan itu disebabkan cedera parah pada bahagian abdomen akibat hentakan objek tumpul.

Menurutnya, lelaki itu direman tujuh hari hingga 18 Disember dan siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button