Berita UtamaDunia

Iran anggap langkah sekat bekalan ubat tak sah, biadab

Bukan hanya langgar hak asasi manusia, malah jejas keselamatan global

ASHGABAT, 18 Jamadilawal 1444H, Selasa – Iran menyelar langkah beberapa negara yang mengenakan sekatan ke atas bekalan ubat ke atas negaranya.

Timbalan Menteri Luar bagi Undang-undang dan Hal Ehwal Antarabangsa Iran, Reza Najafi menyifatkan larangan berkenaan sebagai tidak sah, memalukan dan perbuatan biadab.

Kenyataan itu dibuat ketika berucap dalam mesyuarat tinggi bersama Kumpulan Rakan Berkecuali untuk Keamanan,Keselamatan dan Pembangunan Mampan yang dikendalikan Turkmenistan.

“Negara yang mengenakan sekatan ke atas pembekalan ubat dan menggunakan dengan menggunakan alasan farmaseutikal serta bahan perubatan sebenarnya telah membunuh pesakit.

“Tindakan berkenaan menyalahi undang-undang dan merupakan perbuatan biadab,” katanya yang turut menggambarkan sekatan berkenaan sebagai keganasan ekonomi.

Sementara itu, diplomat Iran pula berkata, penggunaan langkah paksaan unilateral seperti sekatan adalah salah satu faktor ketidakstabilan yang menjejaskan keamanan dan keselamatan global.

Katanya, tindakan berkenaan bukan sahaja secara terang-terangan melanggar hak asasi manusia tetapi juga menghalang kemajuan ekonomi dan sosial negara sasaran.

Sebelum ini, Iran tidak dapat mendapatkan ubat-ubatan dan bekalan perubatan bagi menyelamatkan nyawa rakyatnya kerana sekatan yang meluas.

Amerika Syarikat (AS) telah memberi amaran kepada firma di Eropah dan negara lain untuk mengelak daripada menjual ubatan kepada Iran.

Lebih malang, apabila COVID-19 melanda dunia pada 2019 dan negara itu terpaksa menangguhkan kempen vaksinasi terhadap wabak berkenaan.

Malah, sekatan kewangan juga menyukarkan Iran untuk membayar bekalan vaksin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button