Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Saman Anwar-Sanusi urusan peribadi

Tiada kena mengena hubungan kerajaan negeri, Persekutuan

ALOR SETAR, 20 Jamadilawal 1444H, Khamis – Isu saman antara Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah hal peribadi yang tidak akan menjejaskan hubungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Muhammad Sanusi berkata, tindakan Anwar mengemukakan saman terhadapnya adalah urusan peribadi kedua-dua mereka dan tiada kena-mengena dengan hubungan kerajaan negeri serta Persekutuan.

“Kes saman itu antara Anwar Ibrahim dengan Sanusi. Kes saman tidaklah merenggangkan hubungan kerajaan negeri dan Pusat.

“Jadi saya tidak meletakkan itu sebagai satu asbab kepada punca pemisahan,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi menyifatkan suatu tindakan tidak profesional sekiranya Anwar menggunakan isu terbabit untuk menganaktirikan Kedah.

“Tak perlu, itu hal dia dan saya, kalau dia ambil hal itu untuk menganaktirikan kita, saya rasa dia ‘koyak’ la. Panas tak pa, jangan koyak,” katanya.

Terdahulu, Anwar memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah ‘Jelajah PN Best Tambun’.

Anwar, 75, yang juga plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Anwar mendakwa pada 13 November lalu, Muhammad Sanusi telah memberi ucapan pilihan raya pada ceramah itu sebagai menyokong calon PN bagi Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan ratusan pengunjung menghadiri ceramah itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button