Berita UtamaDunia

Pakistan tarik balik larangan eksport gula

Harga gula tak meningkat sehingga 31 Januari depan

ISLAMABAD, 21 Jamadilawal 1444H, Jumaat – Kementerian Kewangan Pakistan mengumumkan menarik balik larangan eksport gula, semalam.

Keputusan itu diambil oleh Jawatankuasa Penyelarasan Ekonomi (ECC) yang diketuai oleh Menteri Kewangan, Ishaq Dar.

“ECC meluluskan ringkasan Kementerian Keselamatan Makanan,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah ia akan digunakan untuk eksport gula semasa tahun fiskal 2022-2023.

Eksport gula sehingga 100,000 tan akan dibenarkan, katanya.

Katanya lagi, ECC akan mengkaji semula keadaan setiap dua minggu.

“Harga gula dalam pasaran tempatan tidak akan meningkat sehingga sekurang-kurangnya 31 Januari,” katanya.

Sumber kerajaan berkata, langkah itu adalah usaha untuk meningkatkan rizab asing negara, yang telah jatuh kepada serendah AS$6.7 bilion, hampir tidak mampu menampung sebulan import. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button